Saturday, 16 March 2013

Bangun!

Jangan kau bangga pabila kecantikanmu menjadi tatapan setiap lelaki, itu bukanlah kemuliaan bagimu wahai wanita :'(

Wahai wanita bermaruah,
Kalian adalah kekasih rasulullah,
Kenapa kalian kecewakan baginda?

Kalian faham 'menutup aurat' sbg menutup badan dgn kain,
Sedangkan yang Rasulullah faham ialah menutup diri dari pandangan lelaki,
Apa guna kalian berpurdah lalu ditayangkan penuh aksi kepada lelaki ajnabi?
Apa guna kalian menutup badan dengan kain tetapi tidak menutup diri dari pandangan lelaki?

Kenapa kalian mesti kecewakan Rasulullah?
Kenapa kalian mahu Rasulullah palingkan wajah?
Kenapa kalian tidak mahu simpan gambar kalian untuk suami yang sah?
Kenapa mesti menggoda lelaki ajnabi dengan gambar berpurdah?
Tidak kah kalian malu pada Allah dan Rasulullah?
Kenapa kalian pamerkan diri dengan alasan mahu 'berdakwah'?
Sedangkan maksiat tidak boleh dikira sebagai ibadah?

Wahai yang memiliki akal senipis rambut,
Andai kalian tahu pengikut teramai dajjal selepas yahudi ialah wanita,
Andai kalian tahu penghuni neraka paling ramai ialah wanita,
Andai kalian tahu diri kalian sangat berharga,
Hingga nabi bersabda jika dapat isteri solehah mka telah sempurna separuh agamanya.

Berhenti dari kecewakan Rasulullah,
Hentikan godaan kepada lelaki bukan mahram,
Hentikan pameran gambar walaupun berpurdah,
Fatwa yang dibenarkan hanya gambar sebesar ibu jari dipamerkan,itu pun JIKA PERLU,
Kalian tidak tahu betapa ramai lelaki soleh telah kalian rosakkan imannya hanya dengan sekeping gambar.

Jangan sampai kalian mati nanti nabi palingkan wajahnya kecewa dgn kalian dan tak mahu mengaku kalian sebagai umatnya.

Bangun!

Berusahalah menjadi KEBANGGAAN RASULULLAH!

-Ustaz Ibnu Batoota Owsem-

Thursday, 14 March 2013

Mahabbah Fillah :')

People who are,
Worth for you to spend time and life,

Someone who,
Knows how to appreciates you,

Someone who,
Knows how to respects you,

Someone who,
Knows how to forgives and to be forgiven,

Someone who,
Makes you feels and becomes better,

Someone who,
Makes you remember Allah more.

By that,
When you have that someone,
Inshaa Allah they really do love you,
Because of Allah.

And Love because of Allah,
will last for ever.

-DenaBahrin-

Friday, 28 December 2012

Tuesday, 18 December 2012

Ikhtilat oh Ikhtilat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah SWT, sihatkah kamu? Semoga kalian baik-baik sahaja hendaknya. Ewahh, macam ayat dalam surat kiriman tidak rasmi pula. Saya? Alhamdulillah, sihat walafiat :) *padahal tak ada yang tanya pun, huuu*

Dah lama betul saya tak update blog ni. Sudah usang, berhabuk-habuk mungkin? Sebenarnya, saya dah lama tak update sebab....... sibuk study lah... *kononnya* Eheh, macam rajin sangat je.

Dah lama sangat-sangat saya terfikir nak tulis tentang ini sebenarnya. Siap tulis-tulis karangan lagi hah. IKHTILAT DI ALAM MAYA. Ya, memang ada segelintir *ramai sebenarnya* yang terlepas pandang. Saya pun mengaku saya juga sering terjatuh dalam permasalahan ini. Cehh, ayat skema semacam. Heh.

Ikhtilat. Saya rasa ramai lagi yang tak tahu apa itu ikhtilat, terutamanya pelajar sekolah kan kan? *eheh, budak sekolah juga yang kena, pelajar universiti/kolej pun ada yang tak tahu sebenarnya*

IKHTILAT ini pada adatnya bermaksud PERGAULAN. Kalau dilihat dari konteks Islam pula, ianya boleh dikatakan sebagai satu bentuk PERGAULAN BEBAS antara lelaki dan wanita ajnabi. Kalau dah namanya pergaulan bebas tu, sememangnya ia suatu bentuk pergaulan yang ditegah dalam Islam.

Selepas anda membaca definisi ikhtilat yang saya terangkan tadi, mungkin ada yang terfikir ini cuma terjadi di kalangan anak-anak muda kota yang mungkin kurang didikan agama. Ya, mungkin betul kalau anda berfikiran bahawa mereka yang terlibat dalam gejala ikhtilat ni tak berapa ambil tahu soal agama. Tapi, kalau anda fikir mereka yang belajar di institusi agama tak terlibat langsung, anda sebenarnya salah. Saya pun ada rakan-rakan yang belajar di Maahad dan juga institusi agama yang lain. Memang ramai yang betul-betul jaga perihal ikhtilat ini, tapi saya lihat ada juga lah segelintir *ramai sebenarnya* yang kurang menjaga batas-batas pergaulan ini. Tetapi, kes ikhtilat mereka ini mungkin berbeza sedikit. Agak 'keagamaan' seperti menggunakan istilah-istilah bahasa arab. *mungkin??*

Kalau zaman mak ayah kita dulu, masalah ikhtilat ini mungkin cuma terjadi apabila berlakunya pertemuan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tetapi, pada hari ini, adakah masalah tidak menjaga batas ini cuma setakat itu sahaja? Tidak! Dengan kemajuan era teknologi masa kini, kes ikhtilat bukan sahaja melibatkan pertemuan dengan ajnabi malah ianya juga boleh terjadi melalui kemudahan sosial pada masa kini seperti YM, Facebook, Twitter, Myspace *dah lapuk*, Friendster *dah lapuk juga*, whatsApp dan macam-macam lagilah. Dah tak perlu bertemu lagi. Jarak yang jauh jadi dekat. Kos pun murah. Semua ni dah sebati dalam diri belia masa kini *termasuk saya, huuu, tapi tak berapa ketagih lah*. Bila tak dapat online, mula lah rasa gelisah, tak sedap badan lah itu lah ini lah. Eheh.

Jarak. Jangan kita lupa. *atau buat-buat lupa*


Tanpa kita sedari, 'gejala' ikhtilat di alam maya ini semakin membarah dalam kalangan remaja Islam masa kini. Ada yang pada mulanya niat sekadar berta'aruf *kononnya*, lama-kelamaan semakin melarat-larat soal hati dan perasaan pula. Misalnya, si A (lelaki) dan si B (perempuan) sering berbincang soal agama *pada mulanya*. Suatu hari A ada masalah, mulalah dia mengadu, menceritakan masalahnya pada si B. Sesudah mendengar, si B pun memulakan 'sesi kaunselingnya'. Dan disebabkan fitrah si B yang lemah lembut ni, si A pula mula terpaut *maaf, tak dapat fikir dah perkataan lain yang kurang 'geli'. Terpikat? Tergoda? Eeww* pada si B. Eheh. Kalau ye pun ada masalah, bukankah lebih baik cari tempat curahan hati yang sama jantina? Katanya dia rasa cuma si B yang memahaminya *kononnya*.

Ukhuwah fillah ye?


Mungkin ada juga yang menyalah gunakan istilah 'ukhuwah fillah' dalam kes ikhtilat ni. Kalau benar hubungan itu sekadar 'ukhuwah fillah', tak mengapalah. Sekadar bertukar-tukar ilmu contohnya. Tetapi, itupun jika perbualan itu berlaku secara berkumpulan. Kalau chatting berdua tu *walaupun berkaitan ilmu*, lebih baik dihindarkanlah. Kita bukannya tahu seberapa halusnya tipu daya sang iblis untuk memerangkap kita nanti.

Bagi saya, kalau sekadar nak tanya dah makan ke belum, tengah buat apa, tak perlulah agaknya. Lama-kelamaan boleh melarat-larat ke topik-topik lain yang tak penting pun. Saya rasa dalam conversation kita tu pun, tak perlulah selalu letak 'haha, hihi, hehe' semua. Sekali sekala tu tak mengapa lah. Yang paling buat saya meremang bulu roma + berderau naik darah, bila ada yang bermention dengan ajnabi selalu sangat guna emoticon yang terlalu 'mesra' plus 'gedik'. Misalnya yang ni xD, yang ni ;) dan bermacam-macam lagi. Emm, saya selalu juga nampak perbualan yang mesra-mesra antara ukhti dan akhi di laman-laman sosial ni. Alahai.. Bergurau tak habis-habis, dari pagi sampai ke malam. Kalau di Twitter, mention tak putus-putus -,- Akhi, ukhti, jagalah sikit pergaulan tu. Tak manis pada pandangan orang. Pandangan Allah? Sendiri fikirkan.

Saya rasa setakat itu saja yang saya nak kupas soal ni. Sebenarnya, nak juga cakap pasal gambar-gambar yang di post di laman sosial, tapi tak mengapalah, lain kali saja. Emm, saya ni bukanlah pelajar institusi agama, jadi kalau ada apa-apa yang salah sepanjang saya menulis blog ni, saya mohon tegur-tegurlah ye?

Jumpa lagi di lain entry, in shaa Allah, Assalamualaikum :)

Friday, 7 December 2012

Terima Kasih Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Baca dengan hati :)

Sesudah selesai kutunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim, aku tidak terus bangun dari sejadahku.. sebaliknya aku terus duduk berteleku menghadapNya.. segera kucapai tasbih hijau pemberian ibuku tercinta.. Lalu bibirku mula mengalunkan kalimah-kalimah cintaNya.. Kalimah yang sangat ringan di mulut.. tapi insya Allah akan berat di mizan suatu hari nanti.. suatu hari yang sudah pasti akan tiba jua,. hari dimana manusia akan dihimpun menghadap Pencipta.. La'ilahaillallah.. La'ilahaillallah.. Berulang-ulang kali kuucapkan kalimah suci ini.. La'ilahaillallah.. Tiada tuhan melainkan Allah.. Kuulang-ulang dan kuhayati kalimah ini.. Aku terus memuji dan memujiNya.. SubhanAllah.. Maha Suci Allah.. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. Allahu Akbar.. Allah Maha Besar.. Bibirku seakan-akan tidak mahu berhenti mengucapkan kalimah-kalimah suci ini..

Tidak lama kemudian, aku dapat merasakan manik-manik jernih mula turun membasahi pipiku.. Semakin lama, semakin deras alirannya.. Sayu hatiku bila kuteringat akan masa laluku.. Masa laluku yang hanya dipenuhi keseronokan dunia.. Perasaan sesal mula datang menyapa hati ini.. Aku sendiri tidak mengerti akan perasaan ku.. Kadangkala aku merasa marah.. kadangkala perasaan kecewa pula menyapaku.. Ya, mungkin aku kecewa, aku malu.. aku sesal.. Aku kecewa dengan diriku sendiri.. Aku malu dengan penciptaku kerana tidak pernah kuungkapkan kata syukur atas nikmat pemberianNya selama ini.. Aku sesal kerana terlalu mudah pandanganku kabur diperdaya dunia..

Seketika kemudian, aku tersedar.. Aku sedar yang sepatutnya aku tidak perlu kecewa lagi.. aku tidak perlu berasa sesal lagi.. Sepatutnya aku bersyukur dan terus bersyukur.. Kerana Dia telah menyentuh hatiku untuk kembali ke jalanNya.. Hidupku yang dahulunya kelam mula disinari cahaya hidayahnya.. Hatiku.. yang dahulunya mungkin lebih keras daripada batu, sedikit demi sedikit mula berubah lembut dengan belaian kasih sayangNya..

Ya, sememangnya aku harus bersyukur dan terus bersyukur.. Kerana dia telah memilihku untuk menerima hidayahNya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday, 6 December 2012

Berpurdah/Berniqab

Indahnya Ciptaan Allah :')


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tadi, disebabkan saya tengah teramat-amatlah bosan, saya pun round2 lah phone (Ahai, teruknya tatabahasa -,-') Maksud saya, saya geledah lah telefon bimbit saya yang rasanya dah boleh campak lombong tu. Geledah punya geledah, terjumpa lah artikel pendek ni. Tak ingat pula daripada siapa. Rasanya dari Kak By (Kak Baizura Ismail) kot. Emm.. Apa-apa je lah.. Selamat membaca :)

Alhamdulillah semakin ramai wanita ada niat nak berniqab(berpurdah) which is good tp kita kena kaji dulu hukumnya supaya kita decide kita nak pegang qaul yg mana. ni saya bagi sedikit penjelasan hrp membantu :)

Jumhur Ulama: Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi: Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki: Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie :Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali: Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Tapi ada juga sebilangan ulamak2 dari mazhab syafie dan hanbali yg brpendapat muka dan tgn aurat yg wajib ditutup. Bagi Ibn Abbas r.a pula muka dan tangan bukan aurat tp wajib ditutup kerana wajah wanita merupakan pintu fitnah yg sgt bsr,ini brdsrkn tafsiran beliau melalui surah al-ahzab ayat 59 " "Allah perintahkan wanita beriman bila kluar rumah sebb satu keperluan hendaklah mereka menutup seluruh badan dan mnampkan mata untuk lihat jalan."

Terpulang pada kita nk pegang pada qaul yg mana. kalau kita pegang sbg wajib,maka wajiblah kita tutup. kalau kita pegang sbg sunat,maka sunatlah kita tutup :) Tapi pada pandangan sy memandangkan student ipta/ipts serta yg kerja kat sektor awam dlm kerajaan tk dibenarkan berniqab,eloklah kita ambil hukum ini sbg sunat. bila buat dpt pahala. bila tak buat tak dpt apa2 :)

Allah Suruh Tutup Aurat Sebab Dia Sayang ♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

AURAT. Apa itu aurat? Rasanya semua dah sedia maklum kan aurat itu apa? Tak perlu lah saya terangkan lagi kan? Tak mengapalah, biar saya terangkan lagi sekali. Mungkin ada yang masih belum tahu. Mungkin.

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat bagi wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Tutuplah Aurat Dengan Betul :)


Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” 
[An Nur:31].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

Hari ini saya cuma nak mencoret tentang aurat wanita atau si gadis saja. Sebabnya, saya perasan ada wanita-wanita dan gadis-gadis di luar sana berfikiran yang mereka dah tutup aurat dengan sempurna (pakai tudung siap ada bunga sebesar penumbuk dipinkan kat tepi, cute lah korang *wink wink*), akan tetapi pada hakikatnya aurat mereka masih belum tertutup dengan sempurna. Kalau soal aurat lelaki tu, saya rasa perkara tu sememangnya teramat-amatlah mudah. Tapi saya masih tak faham dengan lelaki yang pakai seluar pendek atas lutut. Alahai..

Lelaki oh lelaki..


Puan Seri-Puan Seri, Datin-Datin, (bajet je, macamlah puan seri & datin semua tu ada masa nak baca entry ni, heheh) wanita-wanita, kakak-kakak, adik-adik, ukhti-ukhti dan gadis-gadis yang saya sayangi kerana Allah,

Allah suruh kita tutup aurat tu sebab dia sayang kita tau. Antara sebab Allah suruh kita tutup aurat adalah BAGI MEMELIHARA KEHORMATAN KITA DAN BAGI MENGELAKKAN BAHAYA FITNAH.

Sungguh jelas dan tingginya martabat wanita muslim dalam Islam. Selaras dengan jawapan di atas, berikut adalah dalil yang memperelokkan hujah tersebut.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Sahabatku, segala yang Allah perintahkan, itu pasti yang TERBAIK buat kita. Banyak hikmahnya. Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita). Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.

Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah). “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.

Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita,

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam). “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya). Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.

Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Wanita-wanita dan gadis-gadis yang saya sayangi kerana Allah SWT, Bila kita baca hikmah-hikmah menutup aurat yang saya sertakan tadi, kita boleh nampak kan macam mana Allah SWT tu sangat sayang pada kita kan? Kalau kita hayati betul-betul, kita mesti dapat rasakan kasih-sayang Allah itu :') Dah tahu kan kenapa Allah suruh kita menutup aurat? Jom lah berhijrah!

Jom Tutup Aurat!


Ada yang berfikiran pakai tudung itu sudah cukup menutup aurat. Ya, pakai tudung memang salah satu cara menutup aurat kalau cukup syarat-syaratnya. Konsep menutup aurat tu pun sebenarnya meluas, bukan cuma setakat tudung tapi kena lihat juga baju kita, seluar kita, kain kita, cukup syarat tak?

PAKAIAN DALAM ISLAM

Menutup aurat tak semestinya kena pakai jubah atau baju kurung sahaja. Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang wanita dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat wanita yang pemalu dan bersopan santun.

Daripada pemerhatian saya sepanjang hidup saya setakat ini, (cehh, padahal umur baru setahun jagung) saya boleh nampak makin ramai yang terbuka hati untuk berhijab, Alhamdulillah..

Tapi yang menyedihkan saya, ramai juga yang bagi alasan tak masuk akal untuk terus kekal dengan imej tidak berhijab. Sedihnya.. Kita sama-samalah doakan supaya mereka terbuka hati ya? Aamiin..

Saya rasa setakat ini saja perkongsian kita pada hari yang mulia ini, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Moga Allah redha..

Rujukan:

-Artikel iluvislam.com
-http://www.renjuna.com/2011/06/06/kenapa-wanita-muslim-perlu-menutup-aurat/
-laman web jais dan yg sewaktu dengannya.