Tuesday 18 December 2012

Ikhtilat oh Ikhtilat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah SWT, sihatkah kamu? Semoga kalian baik-baik sahaja hendaknya. Ewahh, macam ayat dalam surat kiriman tidak rasmi pula. Saya? Alhamdulillah, sihat walafiat :) *padahal tak ada yang tanya pun, huuu*

Dah lama betul saya tak update blog ni. Sudah usang, berhabuk-habuk mungkin? Sebenarnya, saya dah lama tak update sebab....... sibuk study lah... *kononnya* Eheh, macam rajin sangat je.

Dah lama sangat-sangat saya terfikir nak tulis tentang ini sebenarnya. Siap tulis-tulis karangan lagi hah. IKHTILAT DI ALAM MAYA. Ya, memang ada segelintir *ramai sebenarnya* yang terlepas pandang. Saya pun mengaku saya juga sering terjatuh dalam permasalahan ini. Cehh, ayat skema semacam. Heh.

Ikhtilat. Saya rasa ramai lagi yang tak tahu apa itu ikhtilat, terutamanya pelajar sekolah kan kan? *eheh, budak sekolah juga yang kena, pelajar universiti/kolej pun ada yang tak tahu sebenarnya*

IKHTILAT ini pada adatnya bermaksud PERGAULAN. Kalau dilihat dari konteks Islam pula, ianya boleh dikatakan sebagai satu bentuk PERGAULAN BEBAS antara lelaki dan wanita ajnabi. Kalau dah namanya pergaulan bebas tu, sememangnya ia suatu bentuk pergaulan yang ditegah dalam Islam.

Selepas anda membaca definisi ikhtilat yang saya terangkan tadi, mungkin ada yang terfikir ini cuma terjadi di kalangan anak-anak muda kota yang mungkin kurang didikan agama. Ya, mungkin betul kalau anda berfikiran bahawa mereka yang terlibat dalam gejala ikhtilat ni tak berapa ambil tahu soal agama. Tapi, kalau anda fikir mereka yang belajar di institusi agama tak terlibat langsung, anda sebenarnya salah. Saya pun ada rakan-rakan yang belajar di Maahad dan juga institusi agama yang lain. Memang ramai yang betul-betul jaga perihal ikhtilat ini, tapi saya lihat ada juga lah segelintir *ramai sebenarnya* yang kurang menjaga batas-batas pergaulan ini. Tetapi, kes ikhtilat mereka ini mungkin berbeza sedikit. Agak 'keagamaan' seperti menggunakan istilah-istilah bahasa arab. *mungkin??*

Kalau zaman mak ayah kita dulu, masalah ikhtilat ini mungkin cuma terjadi apabila berlakunya pertemuan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tetapi, pada hari ini, adakah masalah tidak menjaga batas ini cuma setakat itu sahaja? Tidak! Dengan kemajuan era teknologi masa kini, kes ikhtilat bukan sahaja melibatkan pertemuan dengan ajnabi malah ianya juga boleh terjadi melalui kemudahan sosial pada masa kini seperti YM, Facebook, Twitter, Myspace *dah lapuk*, Friendster *dah lapuk juga*, whatsApp dan macam-macam lagilah. Dah tak perlu bertemu lagi. Jarak yang jauh jadi dekat. Kos pun murah. Semua ni dah sebati dalam diri belia masa kini *termasuk saya, huuu, tapi tak berapa ketagih lah*. Bila tak dapat online, mula lah rasa gelisah, tak sedap badan lah itu lah ini lah. Eheh.

Jarak. Jangan kita lupa. *atau buat-buat lupa*


Tanpa kita sedari, 'gejala' ikhtilat di alam maya ini semakin membarah dalam kalangan remaja Islam masa kini. Ada yang pada mulanya niat sekadar berta'aruf *kononnya*, lama-kelamaan semakin melarat-larat soal hati dan perasaan pula. Misalnya, si A (lelaki) dan si B (perempuan) sering berbincang soal agama *pada mulanya*. Suatu hari A ada masalah, mulalah dia mengadu, menceritakan masalahnya pada si B. Sesudah mendengar, si B pun memulakan 'sesi kaunselingnya'. Dan disebabkan fitrah si B yang lemah lembut ni, si A pula mula terpaut *maaf, tak dapat fikir dah perkataan lain yang kurang 'geli'. Terpikat? Tergoda? Eeww* pada si B. Eheh. Kalau ye pun ada masalah, bukankah lebih baik cari tempat curahan hati yang sama jantina? Katanya dia rasa cuma si B yang memahaminya *kononnya*.

Ukhuwah fillah ye?


Mungkin ada juga yang menyalah gunakan istilah 'ukhuwah fillah' dalam kes ikhtilat ni. Kalau benar hubungan itu sekadar 'ukhuwah fillah', tak mengapalah. Sekadar bertukar-tukar ilmu contohnya. Tetapi, itupun jika perbualan itu berlaku secara berkumpulan. Kalau chatting berdua tu *walaupun berkaitan ilmu*, lebih baik dihindarkanlah. Kita bukannya tahu seberapa halusnya tipu daya sang iblis untuk memerangkap kita nanti.

Bagi saya, kalau sekadar nak tanya dah makan ke belum, tengah buat apa, tak perlulah agaknya. Lama-kelamaan boleh melarat-larat ke topik-topik lain yang tak penting pun. Saya rasa dalam conversation kita tu pun, tak perlulah selalu letak 'haha, hihi, hehe' semua. Sekali sekala tu tak mengapa lah. Yang paling buat saya meremang bulu roma + berderau naik darah, bila ada yang bermention dengan ajnabi selalu sangat guna emoticon yang terlalu 'mesra' plus 'gedik'. Misalnya yang ni xD, yang ni ;) dan bermacam-macam lagi. Emm, saya selalu juga nampak perbualan yang mesra-mesra antara ukhti dan akhi di laman-laman sosial ni. Alahai.. Bergurau tak habis-habis, dari pagi sampai ke malam. Kalau di Twitter, mention tak putus-putus -,- Akhi, ukhti, jagalah sikit pergaulan tu. Tak manis pada pandangan orang. Pandangan Allah? Sendiri fikirkan.

Saya rasa setakat itu saja yang saya nak kupas soal ni. Sebenarnya, nak juga cakap pasal gambar-gambar yang di post di laman sosial, tapi tak mengapalah, lain kali saja. Emm, saya ni bukanlah pelajar institusi agama, jadi kalau ada apa-apa yang salah sepanjang saya menulis blog ni, saya mohon tegur-tegurlah ye?

Jumpa lagi di lain entry, in shaa Allah, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment