Friday 7 December 2012

Terima Kasih Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Baca dengan hati :)

Sesudah selesai kutunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim, aku tidak terus bangun dari sejadahku.. sebaliknya aku terus duduk berteleku menghadapNya.. segera kucapai tasbih hijau pemberian ibuku tercinta.. Lalu bibirku mula mengalunkan kalimah-kalimah cintaNya.. Kalimah yang sangat ringan di mulut.. tapi insya Allah akan berat di mizan suatu hari nanti.. suatu hari yang sudah pasti akan tiba jua,. hari dimana manusia akan dihimpun menghadap Pencipta.. La'ilahaillallah.. La'ilahaillallah.. Berulang-ulang kali kuucapkan kalimah suci ini.. La'ilahaillallah.. Tiada tuhan melainkan Allah.. Kuulang-ulang dan kuhayati kalimah ini.. Aku terus memuji dan memujiNya.. SubhanAllah.. Maha Suci Allah.. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. Allahu Akbar.. Allah Maha Besar.. Bibirku seakan-akan tidak mahu berhenti mengucapkan kalimah-kalimah suci ini..

Tidak lama kemudian, aku dapat merasakan manik-manik jernih mula turun membasahi pipiku.. Semakin lama, semakin deras alirannya.. Sayu hatiku bila kuteringat akan masa laluku.. Masa laluku yang hanya dipenuhi keseronokan dunia.. Perasaan sesal mula datang menyapa hati ini.. Aku sendiri tidak mengerti akan perasaan ku.. Kadangkala aku merasa marah.. kadangkala perasaan kecewa pula menyapaku.. Ya, mungkin aku kecewa, aku malu.. aku sesal.. Aku kecewa dengan diriku sendiri.. Aku malu dengan penciptaku kerana tidak pernah kuungkapkan kata syukur atas nikmat pemberianNya selama ini.. Aku sesal kerana terlalu mudah pandanganku kabur diperdaya dunia..

Seketika kemudian, aku tersedar.. Aku sedar yang sepatutnya aku tidak perlu kecewa lagi.. aku tidak perlu berasa sesal lagi.. Sepatutnya aku bersyukur dan terus bersyukur.. Kerana Dia telah menyentuh hatiku untuk kembali ke jalanNya.. Hidupku yang dahulunya kelam mula disinari cahaya hidayahnya.. Hatiku.. yang dahulunya mungkin lebih keras daripada batu, sedikit demi sedikit mula berubah lembut dengan belaian kasih sayangNya..

Ya, sememangnya aku harus bersyukur dan terus bersyukur.. Kerana dia telah memilihku untuk menerima hidayahNya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment