Wednesday 5 December 2012

Adakah Hawa Bersalah Kerana Menggoda Adam?

Memang tidak dinafikan ada sesetengah pihak berfikiran bahawa Hawalah yang bersalah kerana menyebabkan Adam diturunkan ke dunia! Hawalah yang bersalah kerana menggoda Adam! Hawalah yang bersalah!

Sebenarnya tidak sama sekali! Bukan Hawa seorang yang bersalah sebaliknya kedua-duanya bersalah!

Berhubung kait dengan proses kejadian dan penyempurnaan manusia pada peringkat awal, Allah SWT ada menyatakan:



Maksudnya:

Dan kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dari makanan sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu golongan orang yang zalim." (Al-Baqarah:35)

Berkenaan dengan pelanggaran perintah Allah, Allah menyebut tentang mereka itu secara saksama ketika mereka terjerumus ke dalam larangan.

Maksudnya:

"Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya." (Al-Baqarah:36)

Penyingkiran mereka adalah kerana menyahut tipu daya iblis. Mereka sama-sama menerima perintah, mereka sama-sama terpedaya dan menerima balasan. Bukan salah Hawa semata-mata yang memperdaya Nabi Adam, dan menjadi penyebab penyingkirannya seperti yang didakwa dalam karya-karya israiliyat, yang dinaqalkan oleh sesetengah mufassir, semata-mata kerana riwayatnya disandarkan kepada beberapa ulama salaf di kalangan sahabat dan tabiin.

Rujukan: -Sebarkan Cinta-Mu (Ustazah Fatimah Syarha)

No comments:

Post a Comment