Tuesday 4 December 2012

Pembuka Bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. :) Alhamdulillah, dah lama saya fikir-fikir nak buat blog lagi ke tak? nak buat blog lagi ke tak? akhirnya dengan petunjuk dari Allah SWT, pencipta kita yang Maha Agung, This is it! Terhasillah blog ini :')

Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat-sangat kat semua atas keuzuran blog ni. huhu~ Masih tak berkesempatan nak edit pakai laptop. Entry ni pun type pakai phone je. InsyaAllah, nanti kalau dah berkesempatan untuk guna laptop tu, saya edit blog ni biar comel ye? ;)

Siapa saya sebenarnya? Blog lama saya yang mana? Tak perlulah tahu ye? Tak ada apa yang menarik pun tentang diri saya yang hina dina ini. huhu~

Saya buat blog ni pun niat saya cuma nak sebarkan ilmu yang dipinjamkan Allah SWT dan nak share sikit karya-karya saya, sajak , puisi-puisi saya yang tak seberapa tu. Hasrat saya satu je, saya harap melalui karya-karya ni, saya dapat sebarkan cinta Allah SWT. Saya cuma nak kita semua sama-sama berkasih sayang dengan Allah dan berkasih sayang kerana Allah. Ukhuwah fillah! Itu yang terbaik.

Sekian sahaja dari saya buat kali ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment