Thursday 6 December 2012

Gadis Itu..



Gadis itu,
Sering terlihat senyum manisnya,
Sepertinya dialah,
Gadis paling bahagia.

Senyumnya sentiasa menggambar ceria,
Menenangkan hati setiap yang melihatnya,
Akan tetapi,
Benarkah dia benar-benar bahagia?
Benarkah?

Pernahkan ada yang mencuba,
Untuk memahami,
Untuk mendalami,
Isi hatinya yang sebenar?
Pernahkah?

Ternyata,
Senyum itu menutupi segalanya,
Segala yang terbuku di hatinya,
Segala duka, segala perit, segala luka,
Yang menghiasi harinya..

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan pendek ini :)

No comments:

Post a Comment